Pertolongan Cemas / Bantu Mula

09/09/2011 08:01

Definisi:

    Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

 

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

    - Menyelamatkan nyawa

    - Mengurangkan kesakitan

    - Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk

    - Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

 

Peraturan Am Pertolongan cemas:

    - Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.

    - Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu

    - Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.

    - Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

 

Tindakan serta merta pertolongan cemas:

    - Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.

    - Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

    - Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.

    - Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

 

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:

    - Bertindak dengan cepat dan tenang.  Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dan lain-lain.

    - Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

    - Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]

    - Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]

    - Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]

    - Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]

    - Pastikan nadi mangsa berfungsi  - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

 

Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas

Luka/Pendarahan

    - Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku]

    - Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka

    - Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.

    - Tenangkan mangsa.

    - Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

 

Keracunan

Tanda-tanda:

    - maklumat dari mangsa

    - mangsa sakit dengan tiba-tiba

    - kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir

    - anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

 

Rawatan:

    - Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. 

    - JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.

     - Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.

     - Segera hubungi hospital

     - Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau.

 

Terkejut

Tanda-tanda:

    - badan berpeluh

    - pucat

    - rasa nak pengsan

    - resah

    - nafas kerap tapi tipis

    -kadar nadi bertambah tapi lemah

 

Rawatan

    - Baringkan mangsa

    - Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga

    - Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'

    - Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan

    - Selimutkan jika suhu badan menurun

    - Segera hantar ke hospital

 

Terbakar

Klasifikasi terbakar

    1.    First Degree - dipermukaan kulit sahaja

            a. Kemerah-merahan atau hilang warna

            b. bengkak sedikit dan rasa sakit

            c. cepat sembuh

 

    2.    Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf

            a. merah

            b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]

            c. bengkak yang nyata [beberapa hari]

            d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

 

    3.    Third Degree

            a. kerosakan tisu lebih dalam

            b. kemusnahan pada lapisan kulit luar

            c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.

 

Important!!!!  Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital.

Rawatan

        - Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk

        - tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih

        - baringkan mangsa

        - jangan gerakkan bahagian yang terbakar

        - beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar

        - hantar segera ke hospital

 

Melecur

    Rawatan

        - sejukkan dengan air sejuk

        - jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian

        - rawat seperti mangsa terbakar

 

Kejutan Elektrik

        - putuskan hubungan elektrik

        - periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti

    rawat bagi terbakar jika ada

 

Terseliuh [dislocation]

        - Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.

 

Rawatan:   RICE

       - Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]

       - Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]

       - Balut tempat yang cedera [Compression]

       - Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]

       - Hantar ke hospital

 

Ketegangan Otot

    Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat.  Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

    Rawatan:   RICE

 

Terkehel

    Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.  Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang.  Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.  Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

    Rawatan:

     - Berikan rawatan renjatan.

     - Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.

     - Jangan lakukan banyak pergerakan.

     - Balut dengan  padding atau anduh di tempat yang cedera.

     - Hantar segera ke hospital

—————

Back