Penyenggaraan dan Penyimpanan Peralatan Sains

15/09/2011 02:41

 

Untuk menjimatkan wang, peralatan bilik sains perlu dijaga dengan cermat. Ini bermakna:

  • peralatan yang mudah rosak perlu diselenggarakan dari semasa ke semasa.
  • Apabila tidak digunakan, peralatan perlu disimpan dengan cermat dan teratursupaya senang dikesan.
  • Peralatan perlu disimpan denagan selamat untuk mengelak kemalangan.

 

Antara radas dan bahan yang perlu disenggara dan disimpan dengan cermat ialah radas kaca, bahan kimia, radas optic dan radas elektrik.

 

Radas kaca

  • Perlu dibersihkan sebelum disimpan.
  • Untuk menjaga kebersihan, adalah baik jika radas ini disimpan di tempat tertutup.
  • Untuk menjamin keselamatan semasa menyimpan dan mengeluarkan radas dari almari, elak menyimpan radas ditempat yang tinggi.
  • Susun radas mengikut saiz dan jenis.

 

 

Bahan Kimia

  • Bahan disimpan di dalam almari dan berkunci.
  • Bahan yang diawet menggunakan formalin perlu ditutup rapat dan diletak di dalam almari kaca terkunci. Hal ini kerana formalin dapat mengeraskan protein sekiranya terminum dan wapnya boleh memedihkan mata.
  • Bahan-bahan kimiayang berbahaya perlu dilabelkan.
  • Botol-botol bahan kimia juga perlu disimpan secara berasingan mengikut jenis.
  • aturkan botol mengikut abjad.
  • Simbol-simbol bahan kimia berbahaya juga sebaiknya dilekatkan untuk memberi peringatan kepada pelajar. Contoh simbol:
  •       
  •     Bahan Menghakis                                                    Bahan Mudah Meletup
  •      
  •     Bahan Pengoksida                                                Bahan Mudah Terbakar
  •      
  •     Bahan Berbahaya                                                Bahan Beracun

 

 

            Radas Optik

            Penyimpanan radas ini perlu disenggara dengan baik untuk menelak daripada mudah tergores.

            Cara penyimpanan adalah seperti berikut:

  • Radas optik seperti prisma, kanta optik dan kanta pembesar elok disimpan dalam kepingan stirofoam yang mempunyai ruang yang sepadan atau dalam kotak asal supaya senang dipindah.
  • Mikroskop dan binokular perlu disimpan di dalam kotak atau almari yang kering.
  • Keadaan kering boleh diwujudkan dengan menggunakan gel silika atau disimpan di dalam almari yang dipasang mentol berpanjangan. keadaan kering dapat mencegah pertumbuhan kulat pada permukaan optik.

 

 

            Radas Elektrik

            Radas elektrik mesti disenggarakan dengan baik dan selamat. sebarang kerosakan atau perpecahan yang dpat dikesan         

            harus dibaiki atau digantikan.

  • Untuk radas lebih kompleks seperti pak kuasa, projektor overhed dan peti sejuk hendaklah dibaiki oleh juru teknik yang  berpengalaman untuk mengelak kemalangan.
  • untuk sekolah rendah, murid tidak digalakkan untuk emnjalankan eksperimen yang melibatkan bekalan arus elektrik bervoltan tinggi, hanya guru yang menjalankan demonstrasi.

 

—————

Back