Lawatan Pertama Kumpulan Kami ke Bilik Sains SK Jambatan Putih

15/09/2011 03:14

Pada 23 Jun 2011 yang lalu, kumpulan kami telah mengadakan lawatan pertama kami ke sekolah untuk memperkenalkan diri kepada pihak sekolah serta mengemukakan projek kami kepada pihak sekolah. 

Kami sangat berbesar hati kerana pihak sekolah telah menerima kami dengan tangna terbuka dan memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kumpulan kami. Terima kasih diucapkan kepada pihak SK Jambatan Putih Tawau.

Pertama sekali, setelah tiba di sekolah, kami bertemu dengan Guru Besar untuk mendapatkan kebanarana serta bertanyakan sekiranya projek kami ini diperkenan oleh pihak sekolah. setelah itu, kami diperkenalkan kepada Ketua panitia Sains sekolah untuk meneruskan perbincangan tentang pengurusan bilik sains sedia ada dan apa penambahbaikan yang ingin pihak sekolah lihat serta mengemukakan cadangan kami tentang pengurusan bilik sains sekolah tersebut.

Untuk melihat dapatan kami pada hari pertama, bolehlah melayari galeri gambar blog ini.

—————

Back