Pengenalan

06/09/2011 14:07

Sains adalah mata pelajaran teras yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.  Sesuai dengan status tersebut, makmal sains disediakan di sekolah menengah dengan kelengkapan seperti radas, peralatan dan bahan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains.  Di sekolah rendah, bilik sains disediakan di samping sekolah digalakkan mengubah suai bilik untuk menjalankan aktiviti makmal bagi pembelajaran sains di samping menyimpan bahan dan peralatan sains.

 

Pembangunan modal insan dalam bidang sains dan teknologi direalisasikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.  Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah memberi fokus kepada aspek-aspek berikut:

 

i. membantu murid menjadi pemikir yang aktif;

 

ii. menggalakkan pemahaman saintifik yang mendalam;

 

iii. menggalakkan penyertaan maksimum dalam pembelajaran; dan

 

iv. menyediakan aktiviti pembelajaran yang berkualiti.

 

Makmal sains/ bilik sains yang dilengkapi dengan kemudahan, peralatan dan bahan secukupnya merupakan wahana penting bagi pelaksanaan aktiviti yang mungkin membantu murid mencapai hasil/ standard pembelajaran yang telah ditetapkan.

—————

Back